Ahad, 7 Ogos 2011

Diantara zaman Taurat, Injil dan Al Quran

Sepertimana yang kita ketahui, kitab Zabur adalah kitab suci yang diturunkan Allah kepada kaum Bani Israil melalui utusannya yang bernama Nabi Daud a.s. kemudiannya kitab Taurat datang dahulu sebelum kitab Injil dan seterusnya Al Quran...Kitab Taurat/Torah adalah kitab yang diajarkan Nabi Musa a.s. kepada kaum2 Bani Israel ketika itu...Namun sesetengah penganut atau penyembah berhala masih ingkar dan bertungkus lumus menyangkal nabi Musa a.s.

Apa itu kabbalah?

Kabbalah adalah cabang agama Yahudi yang mistik. Kabbalah juga adalah satu sistem di mana menyembah berhala sebelum turunnya kitab Taurat dan menjadi lebih meluas selepas turunnya Taurat.

Walaubagaimanapun masih lagi terdapat mereka2 Yahudi yang beriman dengan Allah dan masih mempercayai nabi Musa... Mereka ini hidup dalam ketakutan dan sentiasa berdoa agar dijauhi daripada dibunuh dan disiksa oleh kaum sesat mereka sendiri...


Dengan semangat “jihad” yang tinggi, perjuangan bani Israel menentang empayar Rom (penyembah berhala/penganut kabbalah) menjadi suatu pertempuran yang amat dashyat dimana serangan secara guerilla dan semangat patriotisme memainkan peranan yang penting dan utama. Akhirnya peperangan ini secara tragis membawa juga kemusnahan kepada bandar Jerusalem dan rumah ibadat (temple) orang Yahudi pada tahun AD 70.
Kehilangan nyawa manusia semasa pemberontakan ini sungguh menyedihkan Dianggarkan seramai satu juta satu ratus ribu orang terbunuh di Jerusalem semasa empayar Rom melakukan sekatan dan kepungan ( Roman Siege) di Jerusalem. Sebelum ini dipercayai beribu-ribu orang telah dibunuh di Jeruselam dan di bandar lain di sekitar Palestin. Seramai sembilan puluh ribu dijadikan tahanan oleh tentera Rom sepanjang penentangan ini. Antara yang selamat dari kepungan (Roman Siege) seperti pejuang kemerdekaan, orang tua dan yanglemah kemudiannya telah dibunuh. Sebelas ribu orang tahanan mati akibat kebuluran sebelum pihak kerajaan Rom dapat membuat keputusan apa yang harus terhadap mereka (tahanan). Angka kematian bertambah selepas sebahagian dari tahanan ini dihantar ke beberapa daerah untuk dibunuh di dalam “theaters” dengan mengguna pedang atau binatang liar.

Inilah suasana tragis yang berlaku semasa berlakunya penentangan orang Yahudi terhadap Raja Herod dan Empayar Rom di sekitar tahun AD 70 sepertimana yang dicatat oleh Josephus, pakar sejarah berketurunan Yahudi yang hidup di Palestin sekitar AD 37 hingga AD 100.

Selepas kejatuhan pemeritahan bani Israel pada sekitar tahun 63 BC, Rom yang pada masa itu merupakan kuasa besar dunia telah menakluk dan menjajah Judea (Palestin). Akibatnya orang-orang Yahudi di Palsetin telah dipaksa menerima pemerintahan sekular empayar Rom walaupun bertentangan dengan ajaran Nabi Musa yang menjadi pegangan mereka. Empayar Rom juga telah melantik seorang raja yang bernama Herod (bukan dari bangsa Yahudi) untuk memerintah Palestin. Bagi orang Yahudi Raja Herod hanyalah merupakan boneka kepada Empayar Rom bukan mewakili masyarakat Yahudi yang berada di Palesti pada zaman itu.

Sepanjang penjajahan empayar Rom dan pemerintahan Raja Herod di Palestin banyak orang Yahudi telah meninggalkan ajaran Nabi Musa. Di antara mereka termasuklah rahib-rahib dari kalangan bani Israel sendiri seperti Sadducee dan Pharisees. Mereka bukan saja sanggup mengkhianati ajaran Nabi Nusa dan orang Yahudi malah sanggup juga bekerjasama dengan empayar Rom dan Raja Herod untuk menghapuskan orang-orang Yahudi yang masih berpegang teguh dengan ajaran kitab Taurat. Berbagai dasar dan undang-undang di gubal bagi menindas pengikut-pengikut ajaran nabi Musa ini. Namun begitu sepanjang penjajahan empayar Rom di Palestin, terdapat sebuah pergerakan rakyat dikalangan orang Yahudi yang terus-menerus melakukan penentangan terhadap empayar Rom dan Raja Herod yang dibantu oleh rahib-rahib Yahudi yang berpaling tadah. Berdasarkan kepada beberapa catatan sejarah, pergerakan ini disebut sebagai Nazarene atau Zeolot. Pergerakan ini dipimpin oleh seorang Messiah yang juga berpegang kuat dengan ajaran Nabi Musa. Matlamat Messiah dan pergerakan ini ialah untuk mengembalikan ajaran Nabi Musa dibumi Palestin . Penentangan yang dilakukan oleh pergerakan ini berpanjagan sehinggalah Jerusalem dan rumah ibadat orang Yahudi dimusnahkan oleh tentera Rom dalam tahun AD 70. Hasil dari peristiwa ini juga sebahagian besar orang-orang Yahudi di halau keluar dari bumi Palestin. Dengan itu, berlakulah penyelewengan secara besar2 besaran oleh rabai2 kabbalah....

“Keluaran” judul kitab kedua dari Taurat/Torah(Perjanjian Lama ke Perjanjian baru). Kitab ini menceritakan bagaimana bangsa Israel, di bawah pimpinan nabi Musa a.s., meninggalkan Mesir dan melarikan diri dari kekejaman Firaun. Firaun memperbudak2an bangsa Israel dan tidak mahu membebaskan mereka. Tetapi, ketika berhadapan dengan mukjizat yang ditunjukkan Allah melalui Musa, dan berbagai bencana ditimpakan kepada rakyatnya, Firaun marah. Maka, suatu malam bangsa Israel berkumpul, dan bermigrasi keluar dari Mesir. Kemudian, Firaun menyerang bangsa Israel, tetapi Tuhan menyelamatkan mereka dengan mukjizat selanjutnya melalui Musa.

Akibat wujudnya perjanjian baru yang menjadi rahsia para2 rabai Yahudi sejak sekian lama, orientalis2 Yahudi telah mencipta peraturan atau dasar2 agama Yahudi yang baru iaitu TALMUD...Yang mana ia digunapakai ortodoks2 Yahudi sehingga sekarang....

Konsep ketuhanan dalam Kabbalah amat berbeza dengan kitab Taurat dan al Quran. Lance Owens, seorang penyelidik Amerika menyatakan “Kabbalah menganggap tuhan itu infiniti yakni berbilang. Bagaimana Tuhan berubah daripada tunggal kepada infiniti masih menjadi misteri. Sudah jelas, imej Tuhan yang berbilang ini membenarkan dakwaan politeisme (kepercayaan tuhan berbilang). Imej ketuhanan sempurna… juga digambarkan oleh Kabbalah mempunyai kesatuan. Adam Kadmon adalah manusia asal atau prototaip. Satu dorongan ketuhanan yang sejati dalam satu bentuk organik yang sempurna telah menyebabkan manusia berkongsi dengan tuhan. Nilai nombor dalam bahasa Ibrani untuk nama Adam dan Jehovah(Adam dan Tuhan) adalah 45. Oleh itu, dalam penafsiran kitab Kabbalah Tuhan adalah sama dengan Adam, Adam adalah tuhan. Dalam pengesahan ini menjadikan dakwaan bahawa semua manusia dalam kedudukan yang tinggi adalah seperti Tuhan”

Seperti kepercayaan Mesir purba, Kabbalah menolak hakikat material dijadikan dari tiada kepada ada. Kabbalah juga mendakwa manusia juga tidak dijadikan dari tiada kepada ada dan manusia bebas membuat apa sahaja yang mereka mahu kerana mereka tidak terikat dengan pencipta. Oleh itu Kabbalah boleh digelar sebagai humanisme sekular.

DARI MESIR KUNO KE KABBALAH

ANAK LEMBU EMAS

Salah satu fakta penting sehubungan dengan eksodus bangsa Israel dari Mesir, sebagaimana diceritakan di dalam Injil, bahawasanya mereka mengingkari agama yang diturunkan Allah kepada mereka walaupun Allah telah menyelamatkan mereka dari kekejaman Firaun melalui Musa. Bangsa Israel semakin ingkar dengan ajaran yang disampaikan Musa kepada mereka, dan terus cenderung kepada penyembahan berhala.


Berhala bangsa Mesir lainnya: Hathor,
anak sapi emas.


Walaupun telah diperingatkan oleh Musa, bani Israel tetap berdegil, dan ketika Musa meninggalkan mereka, mendaki Gunung Sinai seorang diri, penentangan semakin rancak. Dengan menggunakan ketiadaan Musa,seorang bernama Samiri, membatu-apikan bangsa Israel terhadap berhala, dan memujuk mereka untuk membuat patung seekor anak sapi dan menyembahnya.

“Kemudian Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan bersedih hati. Berkata Musa: "Hai kaumku, bukankah Tuhanmu telah menjanjikan kepadamu suatu janji yang baik? Maka apakah terasa lama masa yang berlalu itu bagimu atau kamu menghendaki agar kemurkaan dari Tuhanmu menimpamu, lalu kamu melanggar perjanjianmu dengan aku?".

Mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak melanggar perjanjianmu dengan kemahuan kami sendiri, tetapi kami disuruh membawa beban-beban dari perhiasan kaum itu, maka kami telah melemparkannya, dan demikian pula Samiri melemparkannya", kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka (dari lobang itu) anak lembu yang bertubuh dan bersuara, maka mereka berkata: "Inilah Tuhanmu dan Tuhan Musa, tetapi Musa telah lupa."


Mengapa ada kecenderungan yang gigih di kalangan bangsa Israel untuk membangun berhala dan menyembahnya? Dari mana kecenderungan ini bersumber?

Sudah tentu, suatu masyarakat yang sebelumnya tidak pernah menyembah berhala tidak akan secara tiba-tiba berkelakuan ***** seperti membangun patung dan menyembahnya. Hanya mereka yang memiliki kecenderungan alami terhadap berhala yang akan memercayai omong kosong semacam itu.

Hathor dan Aphis, dewa-dewa sapi betina dan jantan bangsa Mesir, merupakan perlambang dari penyembahan matahari. Penyembahan mereka hanyalah satu tahapan di dalam sejarah pemujaan matahari oleh bangsa Mesir. Anak sapi emas di Gunung Sinai adalah bukti yang lebih dari cukup untuk membuktikan bahwa pesta yang dilakukan berhubungan dengan penyembahan matahari...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Best Forex Trading

Posting Popular

Salam Ramadhan

Flash Banner

Register Vps Server